KUALA KURAU, 3 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC) ke atas seorang tekong warga Thailand yang cedera parah di bahagian tangannya pada kedudukan 15.9 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau, Perak sekitar jam 9.10 malam pada 2 Mac lalu.Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau telah menerima aduan melalui panggilan telefon daripada Jabatan Perikanan Daerah Taiping berkenaan seorang tekong bot nelayan tempatan kelas ‘C’ bernombor pendaftaran PKFA 8133 warga Thailand yang cedera di tangan ketika menangkap ikan di perairan Kuala Kurau.Bertindak atas maklumat, pasukan bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi untuk tindakan lanjut.Setiba di lokasi, mangsa Channarong Jankaew, 57, disahkan cedera parah di bahagian tangan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kurau dengan menaiki bot KILAT 30 sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar menaiki ambulan untuk rawatan lanjut.Menurut pemilik bot, tangan tekong tersepit pada mesin secara tidak sengaja ketika dia sedang mengoperasikan mesin penggulung pukat menyebabkan luka dan berdarah.MEDEVAC ditamatkan pada jam sekitar 12.01 pagi.Maritim Malaysia ingin menzahirkan penghargaan kepada semua agensi sahabat dan komuniti nelayan setempat yang terlibat bagi menjayakan MEDEVAC ini.Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

