SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA TAWAU MENAHAN SEBUAH BOT NELAYAN TEMPATAN MELANGGAR SYARAT SAH LESEN
TAWAU, 30 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tawau berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki melanggar undang- undang, hari ini.
DSA & NATSEC ASIA 2024 | HAMPIR 7,000 PENGUNJUNG MELAWAT RERUAI MARITIM MALAYSIA
DSA & NATSEC ASIA 2024 | PEROLEHAN EMPAT HELIKOPTER AW 189 BAKAL TINGKAT OPERASI UDARA MARITIM
DSA & NATSEC ASIA 2024 | TENGKU MAHKOTA PAHANG MENCEMAR DULI KE RERUAI MARITIM MALAYSIA
BOT NELAYAN MELAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN DITAHAN MARITIM NEGERI SELANGOR
MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT TEMPATAN, GAJI EMPAT WARGA ASING TANPA PERMIT
ZON MARITIM TAWAU | DUA BOT NELAYAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN
DSA & NATSEC ASIA 2024 | MENTERI DALAM NEGERI LAWAT RERUAI MARITIM MALAYSIA
DSA & NATSEC ASIA 2024 | PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MARITIM MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA
LAWATAN RASMI DAN KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI SARAWAK KE PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK
KUCHING, 9 MEI – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh telah mengadakan lawatan rasmi dan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS), Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan di Bangunan Sultan Iskandar dekat sini hari ini.
Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan juga Pegawai Memerintah KM TUN FATIMAH yang baharu Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan.
Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan di antara Maritim Malaysia dengan Setiausaha Persekutuan Sarawak sebagai kunjungan pertama Pengarah Maritim Negeri yang baharu bagi membincangkan isu-isu berkaitan penguatkuasaan maritim di negeri itu.
Diharapkan dengan lawatan kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara kedua-dua pihak selain menjadi interprentasi bahawa Maritim Malaysia sentiasa komited dan bersiap siaga di Zon Maritim Malaysia.
Sesi kunjungan ini diakhiri dengan menandatangani buku lawatan, pertukaran cenderamata serta sesi bergambar sebagai simbolik hubungan yang erat di antara Maritim Negeri Sarawak dan Setiausaha Persekutuan Sarawak.