PUTRAJAYA, 14 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini memeterai perjanjian bersama Telekom Malaysia bernilai RM 515,160.00 bagi kontrak Perkhidmatan Sewaan Talian Komunikasi Aeronautical Message Handling System (AMHS) Sistem Cospas-Sarsat untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Julai 2024.
Dengan pemeteraiannya perjanjian ini membolehkan Maritim Malaysia meneruskan perkhidmatan sebagai Koordinator Kebangsaan Mencari dan Menyelamat Maritim (CARILAMAT) secara professional berteraskan teknologi dan perkongsian maklumat melalui sistem Cospas–Sarsat yang dikendalikan Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) berpangkalan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan. Perkhidmatan talian AMHS ini merupakan platform yang menghubungkan MYMCC dengan Australia Mission Control Centre (AUMCC) yang bertindak sebagai Nodal kepada sistem Cospas-Sarsat Malaysia dan MCC lain.
AMHS juga berupaya menguruskan pangkalan data berkaitan sebarang maklumat atau amaran kecemasan yang berlaku antara MCC seluruh dunia yang menggunakan sistem Cospas-Sarsat. Secara ringkasnya, sekiranya beacon kecemasan seperti EPIRB (kapal), ELT (pesawat) atau PLB (individu) yang mempunyai kod pendaftaran (country code) Malaysia mengalami kecemasan di Eropah atau di negara lain yang menerima maklumat kecemasan tersebut akan turut dihantar ke MYMCC melalui talian ini.
Kemudahan ini bakal dimanfaatkan komuniti maritim tempatan termasuklah kapal-kapal dagang yang melalui perairan Malaysia. Usaha ini juga merupakan salah satu Pelan Strategik jangka panjang Maritim Malaysia dalam meningkatkan keupayaan operasi CARILAMAT yang menjadi salah satu teras objektif agensi. Justeru, dengan adanya talian AMHS ini perkongsian maklumat antara negara sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang melibatkan warganegara kita di luar negara atau warga asing di negara kita maklumat berikut dapat dikongsikan kepada negara mereka dan ini memudahkan pasukan penyelamat untuk berkongsi maklumat dan seterusnya melaksanakan operasi CARILAMAT dengan lebih berkesan.
Dalam pada itu, Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana juga turut melancarkan buku Pelan Strategik Search and Rescue Maritim Malaysia yang akan menjadi rujukan hala tuju bahagian CARILAMAT serta penerbitan Buletin CARILAMAT edisi 1/2021 yang memaparkan artikel berkaitan CARILAMAT, insiden di laut serta tips-tips keselamatan di laut turut dilancarkan oleh bahagian tersebut secara dwi tahunan dengan buku ini akan diedarkan kepada institusi pendidikan serta komuniti maritim sebagai salah satu insiatif Agensi dalam meningkatkan kesedaran keselamatan di laut dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia juga turut menyampaikan penghargaan kepada Komander Maritim Dr. Suzanna Razali Chan atas kejayaan beliau memenangi tempat kedua dalam kategori women in SAR award anjuran International Maritime Rescue Federation (IMRF) baru-baru ini.
LAKSAMANA MARITIM DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM
KETUA PENGARAH
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA KRU ASING
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.