MELAKA TENGAH, 13 Dis – Bot Ronda Maritim Malaysia Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya menahan dua buah kapal korek pasir yang disyaki telah melakukan operasi pengorekan dan permindahan pasir laut di luar waktu yang ditetapkan dalam satu operasi di Perairan Selat Melaka, semalam.
Menurut Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan berkata, kapal korek pasir TERATAI 6777 dan CP 798 itu dikesan di posisi lebih kurang 4.3 dan 4.2 batu nautika Barat Laut Pantai Klebang, Melaka ketika dalam rondaan rutin operasi di sepanjang Perairan Selat Melaka.
”Ketika dikesan, kedua-dua kapal tersebut sedang melakukan operasi pengambilan pasir dan pemindahan pasir laut di luar waktu yang ditetapkan.” katanya dalam satu kenyataan disini.
Tambahnya, vesel korek pasir tersebutmasing-masing mempunyai enam orang krew yang juga didaftarkan di Ulaanbaatar, Mongolia. Kesemua krew bagi kedua-dua vesel tersebut merupakan warganegara China dan mempunyai dokumen yang lengkap.
Kes seterusnya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Pelantar Benua 1966 dan Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952.
Sehingga hari ini pihak Maritim Malaysia Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya menyelesaikan 8 kes di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952 dan ini merupakan kes yang pertama disiasat di bawah Akta Pelantar Benua 1966.
Maritim Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kawalan keselamatan dan rondaan operasi penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia supaya memastikan kapal dan bot yang berada di perairan Negara terjamin dan mematuhi undang-undang. Pihak kami mengalu-alukan maklumat dan aduan berkaitan jenayah dan kesalahan maritim melalui talian hotline 06-3876730 yang beroperasi secara 24 jam.
Sumber:
Unit Komunikasi Korporat MN Melaka & Negeri Sembilan
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA KRU ASING
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.