SEMPORNA, 14 Mac - Zon Maritim Semporna berjaya menyekat aktiviti penyeludupan petrol oleh beberapa individu selepas bot peronda Maritim Malaysia berjaya menahan sebuah bot jongkong bersama 180 tong Jerry Can berisI petrol di perairan Semporna pada malam semalam.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi bin Hassan berkata, berdasarkan maklumat awal risikan tentang aktiviti penyeludupan petrol ke negara jiran, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan operasi penguatkuasaan telah menahan bot jongkong berkenaan berhampiran perairan Tanjung Pantau-Pantau, Semporna sekitar jam 10.30 malam.
“Anggota penguatkuasa cuba menahan bot jongkong itu selepas mendapati ianya bergerak dalam keadaan mencurigakan namun apabila menyedari kehadiran anggota penguatkuasa tekong bersama awak-awak bertindak terjun ke laut dan berenang menuju ke hutan paya berhampiran. Tetapi usaha mereka gagal apabila anggota penguatkuasa berjaya menahan bot jongkong tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih kurang 180 tong Jerry Can yang disyaki berisi petrol, bot jongkong bersama-sama dengan barang rampasan ditunda ke jeti Kem Azumi, Semporna untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” kata beliau.
Menurutnya lagi, aktiviti penyeludupan petrol sering berlaku di perairan Semporna. Zon Maritim Semporna merekodkan sebanyak empat kes tangkapan melibatkan aktiviti penyeludupan minyak pada tahun 2019. Bagi tahun ini pula, ini merupakan kes yang kedua dan tangkapan yang terbesar setakat tahun ini bagi Zon Maritim Semporna. Bot jongkong bersama hasil rampasan termasuk bot, dua enjin sangkut dan 180 tong Jerry Can petrol dianggarkan bernilai RM 28,200.00.
Zon Maritim Semporna akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Semporna. Menurut beliau lagi, orang ramai diminta untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan ke Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA KRU ASING
DUA NELAYAN BERSAMA BOT FIBER HILANG DI PERAIRAN BERSERAH DITEMUKAN SELAMAT
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.