KUALA PERLIS, 06 FEBUARI - “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua”. Begitulah ungkapan yang boleh diberikan kepada seorang tekong dan seorang awak-awak warganegara Thailand berumur 21 dan 25 tahun yang telah ditahan oleh oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi Zon Maritim Kuala Perlis kerana memasuki perairan negeri Perlis pada jarak lebih kurang 5.6 batu nautika daripada barat muara Sungai Baru, Perlis kira-kira jam 02.20 petang pada tarikh 22 Januari 2020 lalu.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata, melalui siasatan lanjut yang telah dilakukan mendapati mereka ini sering keluar dan masuk ke Kuala Perlis untuk menangkap ikan tanpa sebarang dokumen yang dibawa. Berlanjutan kes tangkapan dua orang warga Thailand tersebut mahkamah telah memutuskan hukuman denda kepada tekong bot berkenaan sebanyak RM50,000 atau 24 bulan penjara manakala awak-awak tersebut dijatuhi hukuman denda sebanyak RM30,000 atau 20 bulan penjara sekiranya mereka tidak membayar denda tersebut.
Menurut beliau, terdapat beberapa biji bot yang serupa memasuki perairan negeri Perlis sebaliknya melarikan diri ketika bot peronda Maritim Malaysia menghampiri bot tersebut. Bot berkenaan telah ditahan ketika mula melakukan aktiviti penangkapan udang lipan di perairan negeri Perlis. Hasil pemeriksaan lanjut yang menemui 114 bubu udang lipan dan sebiji tong berisi udang lipan serta ketam dianggarkan lebih kurang 4 kilogram di atas bot tersebut telah dilelong manakala bot tersebut telah dilucutkan hak pemilikannya.
Kedua-dua orang warga Thailand tersebut telah menjalani pertuduhan di Mahkamah Seksyen Kangar, Perlis pada jam 10.30 pagi tadi atas kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15(1)(a) kerana pencerobohan penangkapan ikan oleh vesel asing di perairan perikanan Malaysia.
Maritim Malaysia mengucapkan terima kasih kepada komuniti setempat yang menjadi mata dan telinga sehingga tertangkapnya nelayan warga Thailand yang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di negeri Perlis. Pihak Maritim juga menasihatkan kepada orang awam yang bukan memiliki status warganegara Malaysia yang ingin memasuki negara ini supaya mendapatkan dokumen yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia agar tidak mempunyai kesulitan sekiranya ditahan oleh pihak penguatkuasa.
Maritim Malaysia akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia. Oleh itu, kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini adalah digalakkan. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” jelas beliau.
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.