07
Kha, Jul

LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA KEMALANGAN

SELAYANG, 10 Mei - Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som bersama Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim mengadakan lawatan kebajikan kepada pasangan suami isteri yang juga merupakan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia di Hospital Selayang hari ini.

Laskar Kanan (M) Ahmad Helmiruddin bin Mustafa berkhidmat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) manakala Laskar Kanan (M) Norakhilah binti Desa pula berkhidmat di Maritim Negeri Pahang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 9 Mei lalu, kira-kira pada jam 3.30 petang di Jalan Batang Kali, Genting Highland.

Kejadian kemalangan itu berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan sedan milik pasangan anggota dengan sebuah kenderaan pikap yang dipandu orang awam.

Ahmad Helmiruddin, 34 tahun yang memandu kenderaan mengalami cedera ringan di tangan dan Norakhilah binti Desa, 30 tahun sebagai penumpang mengalami cedera patah tulang pinggul kiri dan kanan, dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira pada jam 4.25 petang dengan menaiki ambulans.

Manakala pemandu orang awam yang mengendalikan kenderaan pikap terbabit tidak mengalami kecederaan.

Ahmad Helmiruddin telah dibenarkan pulang ke rumah pada hari ini, namun Norakhilah telah dimasukkan ke Bilik Bedah pada jam 1.30 petang semalam kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di wad hospital.

Ketua Pengarah bagi pihak Maritim Malaysia turut menyampaikan sumbangan kepada anggota yang dilanda musibah serta sempat memberikan kata-kata semangat kepada mereka untuk terus tabah dengan ujian ini.

Turut hadir sama dalam lawatan kebajikan ini ialah Laksamana Pertama (M) Haji Rozali bin Mohd Said, Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

 

 WhatsApp Image 2022 05 10 at 1.49.20 PM  WhatsApp Image 2022 05 10 at 1.49.18 PM
   
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC