26
Jum, Apr

Grid List

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT OLEH NAVAL ATTACHE OF ROYAL THAI EMBASSY KUALA LUMPUR KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 25 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari The Naval Attache of Royal Thai Embassy di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.

Kunjungan hormat diketuai oleh Captain Paitoon Sengjaroen, The Naval Attache of Royal Thai Embassy dan disambut oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som.

Objektif kunjungan ini adalah untuk memperkukuh kerjasama dan menggalakkan interaksi serta perkongsian maklumat antara kedua-dua pihak untuk kepentingan bersama.

Turut menghadiri kunjungan ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya (M) Kamaruszaman bin Hj. Abu Hassan, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda (M) Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda (M) Hamid bin Mohd Amin, dan Komander (M) Ahmad Azli bin Mohamed Nor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa.

Pertemuan ini penting kerana kerjasama yang kukuh dan berterusan ini akan dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan perairan persempadanan antara Malaysia dan Thailand.

 WhatsApp Image 2021 11 25 at 10.54.39 AM  WhatsApp Image 2021 11 25 at 10.54.46 AM
 WhatsApp Image 2021 11 25 at 10.54.53 AM

 WhatsApp Image 2021 11 25 at 10.54.57 AM

 

Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC