26
Jum, Apr

Grid List

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MAJLIS MENYAMBUT KETIBAAN KM LAHAD DATU KE ZON MARITIM LABUAN

WhatsApp Image 2021 11 10 at 2.43.54 PM WhatsApp Image 2021 11 10 at 2.43.54 PM 1 
WhatsApp Image 2021 11 10 at 2.43.54 PM 2 WhatsApp Image 2021 11 10 at 2.43.54 PM 3
WhatsApp Image 2021 11 10 at 2.43.54 PM 5 WhatsApp Image 2021 11 10 at 2.43.54 PM 4

 

LABUAN, 7 November- Zon Maritim Labuan telah menerima sebuah kapal baharu New Generation Patrol Craft (NGPC) iaitu, KM LAHAD DATU.  Kapal ini telah dibawa pulang oleh seramai 24 kru termasuk Pegawai dan pegawai Lain Lain Pangkat ke Zon Maritim Labuan daripada Pelabuhan Klang.

Pada 1 November lalu, KM LAHAD DATU telah memulakan pelayaran daripada Pelabuhan Klang dan tiba di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Maritim Negeri Sarawak pada 3 November. Seterusnya, pada 5 November, KM LAHAD DATU meneruskan pelayaran ke Jeti Kinabalu North Shipyard, Kota Kinabalu untuk memunggah barang keperluan kapal daripada Maritim Negeri Sabah sebelum meneruskan pelayaran Zon Maritim Labuan pada 7 November dan majlis penerimaan dilakukan oleh Pengarah Zon Maritim Labuan dengan turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (PJBD) Labuan dan  Pegawai Memerintah Pangkalan Polis Marin Labuan, ASP Saidul Maruf bin Rosli.

 

Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC