26
Jum, Apr

Grid List

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MESYUARAT KESELAMATAN MARITIM SIVIL KE-10 PERHALUSI KERJASAMA MARITIM MALAYSIA DAN AUSTRALIAN BORDER FORCE

PUTRAJAYA, 13 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat bersama Australian Border Force secara maya hari ini di Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato Mohd Zubil Mat Som berkata, mesyuarat ini adalah platform terbaik bagi kedua-dua pihak bagi memperbaiki dan perhalusi usahasama selama 10 tahun ini khususnya di dalam OP REDBACK yang diadakan setiap tahun di perairan negara.

Mewakili Australian Border Force, Rear Admiral Mark Hill CSC, Commander Maritime Border Command dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim, Kamaruszaman Hj Abu Hassan serta Pegawai-Pegawai kanan Maritim Malaysia.

 

7ce58a9f cc9a 463e 8dc3 3cd4fcc187f6  d866c3cb 65bf 45e8 8151 b0a46b563ccd 
 f20cdb57 0ed9 4500 a476 42f7a7f51738  8183f4dd f803 49d9 80b7 9271aeb9fb6a

 

Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC