26
Jum, Apr

Grid List

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

 

WhatsApp Image 2021 02 23 at 12.00.46

KUCHING, 23 Februari – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Bin Md Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Penjara Sarawak, YDH. TPK Mohamad Rosidek bin Musa bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak, Kompleks Maritim Tun Abang Sallehuddin (KOMTAS), Kuching.

WhatsApp Image 2021 02 23 at 12.02.59

Kunjungan hormat itu bertujuan untuk memperkasakan lagi hubungan kerjasama di antara Jabatan Penjara Negeri Sarawak dengan Maritim Malaysia Negeri Sarawak.

Turut dibincangkan adalah berkenaan aspek kemudahan fasiliti tahanan terutamanya di Puncak Borneo dan produk-produk yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Negeri Sarawak serta  jalinan kerjasama dalam penganjuran aktiviti bersama di masa akan datang antara intipati dibincangkan semasa kunjungan hormat berlangsung.

Perbincangan tersebut dijangka akan meningkatkan persefahaman dan kerjasama agensi penguatkuasa bagi memperkasakan operasi penguatkuasaan di negeri Sarawak pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2021 02 23 at 12.01.28

WhatsApp Image 2021 02 23 at 12.01.39

 

Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC