26
Jum, Apr

Grid List

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI APMM KE MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 11 September - Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) berbesar hati menerima kunjungan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Haji Mohamed sempena lawatan kerja beliau pagi tadi. .

Ketibaan beliau disambut Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah bersama beberapa pegawai kanan MNKP. Sepanjang lawatan, beliau sempat menyampaikan nasihat dan amanat agar warga MNKP sentiasa mengekalkan disiplin yang tinggi dan berintegriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Perjumpaan itu secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada YBhg Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Haji Mohamed mendengar taklimat dan ucapan perpisahan sebagai kenang-kenangan kepada beliau yang akan bersara pada November 2020 akan datang.

Turut hadir bersama ialah Pengarah Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Dato' Zulkarnain bin Mohd Omar, Timbalan Pengarah (Operasi) MNKP, Kepten Maritim Zulinda binti Ramly dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) MNKP, Encik Ahmad Fuad bin Ishak.

 WhatsApp Image 2020 09 11 at 4.07.48 PM    WhatsApp Image 2020 09 11 at 4.07.49 PM 3
     

 

WhatsApp Image 2020 09 11 at 4.07.48 PM 1     WhatsApp Image 2020 09 11 at 4.07.47 PM 1
     
Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC