26
Jum, Apr

INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

 

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

Kerajaan memandang serius usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan dengan  matlamat agar perkhidmatan yang disampaikan sentiasa memenuhi kehendak dan harapan pelanggan. Selaras dengan perubahan persekitaran yang dinamik serta kehendak pelanggan dan pihak berkepentingan yang semakin meningkat memerlukan agensi sentiasa menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan, maka Kerajaan pada tahun 2009 telah menggantikan Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) kepada Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) pada 30 Mac 2016 telah memutuskan agar Panduan Mengenai KIK ditambah baik bagi meneruskan momentum pembudayaan inovasi dan kreativiti sektor awam dan seterusnya memberi peluang kepada segenap lapisan anggota sektor awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri dalam menghasilkan projek-projek inovatif yang berimpak tinggi.

Oleh itu, Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif ini diterbitkan. Sebagai peneraju agenda transformasi negara, sektor awam perlu memimpin inisiatif transformasi Kerajaan merentas semua sektor dalam negara. Proses transformasi yang dikehendaki dalam sektor awam perlulah bersifat inovatif dan kreatif melalui terjemahan penjanaan idea baharu yang membawa perubahan berimpak tinggi berteraskan kecekapan dan keberkesanan.

 

TAHUN

TAJUK

LAMPIRAN

Pekeliling-pekeliling/ Surat Pekeliling/ Garis Panduan/ Surat Arahan

2016

Pekeliling Tranformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 /2016

 LAMPIRAN

2022

Garis Panduan KIK APMM 2022

 LAMPIRAN

Aktiviti KIK APMM

2018/ 2019

Ringkasan Ringkas Projek KIK APMM 2018 & 2019

 LAMPIRAN

2021

Ringkasan Ringkas Projek KIK APMM 2021

 LAMPIRAN

2022

Ringkasan Ringkas Projek KIK APMM 2022

 LAMPIRAN
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC