JOHOR BAHRU, 25 September – Seksyen Siasatan, Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor telah menganjurkan Kursus Pengendalian Bahan Bukti di Bawah Kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952 yang berlangsung di Tingkat 16, Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, semalam.
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pegawai serta anggota berkaitan tatacara pengendalian bahan bukti bagi kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, khususnya melibatkan aspek penerimaan, pembungkusan, pelabelan, penyimpanan, pengangkutan, dokumentasi serta rantaian jagaan bahan bukti.
Kursus disampaikan oleh Timbalan Pengarah Siasatan, Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing, Leftenan (M) Sharom Nizam bin Md Noor, yang memberikan penerangan berkaitan prosedur pengendalian bahan bukti secara tepat dan teratur bagi memastikan setiap bahan bukti diurus mengikut tatacara yang ditetapkan serta dapat dipelihara integritinya sepanjang proses siasatan.
Selain sesi teori, peserta turut menjalani sesi praktikal bagi memberikan pendedahan secara langsung mengenai kaedah pengendalian bahan bukti, termasuk proses pembungkusan, pelabelan, penyimpanan dan dokumentasi yang betul.
Pelaksanaan kursus ini dapat memperkukuh kompetensi pegawai dan anggota dalam mengurus bahan bukti secara sistematik, selamat dan berintegriti, sekali gus menyokong kelancaran proses siasatan serta memastikan bahan bukti dapat dikendalikan dengan sewajarnya bagi tujuan prosiding mahkamah.
Maritim Malaysia sentiasa komited memperkasa kompetensi dan profesionalisme warga kerja dalam memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dan siasatan dilaksanakan secara telus, berintegriti serta berlandaskan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MARITIM SERANTAU MELALUI TCTP-IMIC 2026
MARITIM MALAYSIA PERKASA FORENSIK DIGITAL MARITIM
MARITIM MALAYSIA - FILIPINA PERKUKUH KERJASAMA MELALUI SARCOMEX - 26
MENANGKAP IKAN DI KAWASAN LARANGAN, BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
AMSAS PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JAPAN COAST GUARD
PENGUMUMAN: PEMULIHAN BENCANA DI APMM
VESEL KLON, 14 NELAYAN VIETNAM DITAHAN DI PERAIRAN KELANTAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS LEBIH 300 KILOGRAM SYABU
IPMZ MERSING PERKUKUH KEMAHIRAN PENGENDALIAN SENJATA MENERUSI UKMSK SIRI 2/2026
SIMPANG RENGGAM, 25 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing (IPMZ Mersing) telah melaksanakan Latihan dan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) Siri 2/2026 di Lapang Sasar Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam, Johor, semalam.
Latihan tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kemahiran, kecekapan dan kesiapsiagaan anggota dalam pengendalian senjata kecil, di samping memastikan setiap anggota sentiasa bersedia melaksanakan tugas penguatkuasaan maritim secara profesional, berdisiplin dan selamat.
Pelaksanaan UKMSK turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan, pengendalian senjata mengikut prosedur yang ditetapkan, pematuhan arahan serta disiplin sepanjang latihan bagi memastikan tahap kecekapan anggota sentiasa memenuhi keperluan operasi.
Selain menjadi medium penilaian kemahiran, latihan ini turut menyokong usaha berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kompetensi sumber manusia serta meningkatkan kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi pelbagai situasi semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan di laut.
Maritim Malaysia akan terus melaksanakan latihan dan penilaian kompetensi secara berkala bagi memastikan tahap profesionalisme, disiplin serta kesiapsiagaan warga sentiasa berada pada tahap optimum dalam mendukung keselamatan, penguatkuasaan dan kepentingan negara di laut.













.svg.png)

