PELAKSANAAN “SYSTEM STAR RATING” (SSR) AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA
Latar Belakang
Penarafan Bintang atau “System Star Rating” (SSR) telah diperkenalkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada awal tahun 2007. Y.A.B. Perdana Menteri telah menyarankan supaya penarafan bintang merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi budaya kecemerlangan Agensi-agensi Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam.
Bagi tujuan ini, pihak MAMPU telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penilaian Star Rating berdasarkan empat objektif utama iaitu:-
A) Menilai dan mengukur prestasi agensi-agensi Kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam berada pada tahap yang cemerlang;
B) Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi yang telah menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik serta sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang unggul;
C) Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi dan amalan terbaik serta pengurusan kualiti yang telah membawa kejayaan kepada organisasi; dan
D) Menggalakkan persaingan yang sihat dikalangan agensi Sektor Awam dalam amalan pengurusan organisasi dan penyampaianTerdapat 3 komponen utama yang dinilai iaitu:
1) Pengurusan
- Pengurusan Organisasi
- Pengurusan Kewangan
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Projek Pembangunan
- Pengurusan ICT
2) Perkhidmatan Teras
3) Pengurusan Pelanggan
KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952
MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA
MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA
LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN
35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG
DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN
ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN
OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN
KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’
KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.
Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.