07
Sel, Mei

Grid List

VESEL ASING INDONESIA DITAHAN MARITIM NEGERI SARAWAK

20 LAGI SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

DSA & NATSEC ASIA 2024 | RERUAI MARITIM MALAYSIA TERIMA REAKSI POSITIF PENGUNJUNG

DSA & NATSEC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA INTAI SISTEM DAN SENJATA TERKINI

DSA & NATSEC 2024 | MARITIM MALAYSIA TAMPIL KONSEP 'INFOTAINMENT' PAMER KEHEBATAN

DSA & NATSEC ASIA 2024 | BINA KETAHANAN NEGARA UNTUK GENERASI MASA DEPAN

GAGAL MAKLUM PERTUKARAN NAKHODA, DUA BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

MARITIM NEGERI PAHANG GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MASUK ROKOK TANPA CUKAI BERNILAI RM105 RIBU

KUANTAN, 14 Jun – Agensi Pengustkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok di kedudukan 2.6 batu nautika dari barat daya muara Kuantan sekitar jam 1.35 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin  bin Jusoh berkata, bot samaran yang dinaiki oleh tiga anggota Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Operasi Makmur di sekitar perairan Kuala Kuantan telah mengesan sebuah bot fiber mencurigakan bersama dua suspek bergerak di persisiran pantai menuju ke sungai Kuantan.

Sebaik dirapati, bot suspek memecut laju ke hulu Sungai Kuantan dan bertindak meninggalkan bot fiber terbabit dengan meloloskan diri di celahan hutan bakau.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 35 peti berisi rokok tidak bercukai disyaki cuba diseludup untuk dipasarkan di pasaran tempatan.

Kesemua rokok dianggarkan bernilai RM105 ribu termasuk cukai, dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia dan akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Maritim Negeri Pahang akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di laut dari masa ke semasa bagi memastikan sebarang kesalahan dan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras  agar perairan Pahang sentiasa selamat, aman dan terkawal.  

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

1    3 
Grid List

MARITIM PULAU PINANG SERTAI PROGRAM JALINAN UKHUWAH MADANI JPA

PULAU PINANG, 6 MEI - Maritim Negeri Pulau Pinang menyertai Program Jalinan Ukhuwah MADANI anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Padang Sekolah Kebangsaan Pulau Aman, Seberang Perai Selatan pada 5 Mei (Ahad).
Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali bin Kasim berkata, Maritim Negeri Pulau Pinang bersama dua bot diatur gerak bagi memberi kerjasama dalam menyertai program yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz.
Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Razali berkata program ukhwah MADANI ini bertujuan menjadikan Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang ini sebagai Kampung Angkat MADANI di bawah inisiatif Belanjawan 2024 dengan memberikan tumpuan kepada kemudahan asas yang lengkap termasuk internet di kawasan luar bandar yang melibatkan 40 buah kampung di seluruh negara.
Terdahulu Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada pelajar sekolah dan penduduk di Pulau Aman sebelum majlis bersurai.
UKHUWAH MADANI JPA   UKHUWAH MADANI JPA 3   UKHUWAH MADANI JPA 2
 
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC