TOK BALI, 2 Januari – Seorang warga emas berusia 68 tahun dari Pulau Perhentian yang mengalami penyakit kritikal terpaksa dibawa menaiki bot Maritim Malaysia Negeri Kelantan dalam keadaan laut yang bergelora bagi mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Besut pada 11.30 pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Klinik Kesihatan Pulau Perhentian yang meminta bantuan membawa seorang pesakit bernama Karim bin Harith dibawa ke hospital kerana pesakit mengalami fulminant hepatic failure yang menyebabkan hatinya gagal berfungsi. Beliau menjelaskan pihak klinik memaklumkan bahawa pesakit terbabit telah berjaya distabilkan oleh petugas klinik tetapi pesakit perlu dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan segera.
”Memandangkan keadaan pesakit yang kritikal, kami segera menggerakkan Bot Maritim Penyelamat 7 untuk melaksanakan misi membawa pesakit ini, meskipun keadaan laut yang berombak setinggi tiga hingga empat meter,” jelas beliau.
”Bot Maritim Penyelamat 7 tiba di Jeti Maritim Malaysia Negeri Kelantan pada jam 2 petang dan pesakit yang ditemani oleh isteri beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besut,” katanya lagi.
Sumber :
Unit Perhungan Awam Maritim Negeri Kelantan
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

















.svg.png)

