KUANTAN, 20 Febuari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) pada 7.50 malam semalam berikutan bot fiber dinaiki dua nelayan terlanggar tali pukat dan karam di sekitar 7.5 batu nautika Timur Sungai Baserah Kuantan.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, seorang mangsa selamat manakala seorang lagi masih hilang dan dikhuatiri lemas.
Terdahulu, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan menerima panggilan awam berkaitan insiden dan bot ronda maritim yang sedang beroperasi di sekitar lokasi berdekatan terus diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan operasi CARILAMAT.
Menurut mangsa yang selamat Abd Mutalib, 38, kejadian berlaku sekitar jam 7.00 malam semalam semasa mangsa dalam perjalanan pulang dan telah terlanggar tali pukat bot jenis pukat tunda lalu menyebabkan bot mangsa terbalik.
Kejadian hanya disedari tekong bot pukat tunda setelah diberitahu oleh sebuah bot lain yang menyelamatkan mangsa.
Mangsa yang hilang Fadzely Mohamed, 40, sempat berpaut pada tali pukat bot dan dengan tiba-tiba telah hilang semasa bot pukat tunda sedang menarik pukat tersebut.
Operasi CARILAMAT mangsa yang masih hilang disambung semula jam 7.00 pagi ini dan Pengkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di pantai Kampung Baru Beserah.
Op CARILAMAT ini turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan polis Marin (PPM) serta komuniti nelayan tempatan.
Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti maritim khususnya bot-bot nelayan tempatan supaya sentiasa berwaspada apabila keluar ke laut dan sentiasa membawa peralatan keselamatan termasuk life jacket dan personal locater beacon (PLB).
Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan kegiatan jenayah atau di laut boleh terus menghubungiPusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

