KOTA TINGGI, 20 Disember - Sebuah bot yang dipercayai membawa kira-kira 50 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dilaporkan terbalik di Tanjung Balau, Johor pada jam 4.30 pagi, 15 Disember lalu. Bot terbabit dipercayai dari Indonesia dalam pelayaran memasuki Malaysia telah terbalik akibat dipukul ombak kuat berikutan cuaca buruk waktu itu. Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di pantai Tanjung Balau jam 8.50 pagi hari yang sama.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa berkata, dalam kejadian tersebut, 50 PATI yang disyaki berada dalam bot karam tersebut, seramai 14 orang selamat namun salah seorang daripadanya meninggal di Hospital Kota Tinggi, 20 mayat telah berjaya ditemui dalam keadaan terdampar di pantai dan terapung di laut, manakala 16 mangsa masih hilang gagal dikesan.
OP CARILAMAT ini telah dilaksanakan selama 5 hari selepas tiada penemuan baharu. keadaan cuaca yang hujan dan tidak menentu serta laut bergelora memberi cabaran kepada pasukan penyelamat dalam melaksanakan misi pencarian lebihan mangsa.
OP CARILAMAT ini telah melibatkan 203 petugas serta 10 aset laut dan udara daripada pelbagai agensi iaitu dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Keseluruhan sektor pencarian melibatkan sepanjang lima hari merangkumi 292 batu nautika persegi perairan dan 126 batu nautika persegi udara. Manakala pencarian di pesisir pantai meliputi kawasan Tanjung Balau hingga ke Pengerang, kira-kira 35 kilometer panjang.
![]()
![]()
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

