TELUK GADING, 8 Jun - Sempena sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim Peringkat Kebangsaan (HKKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malayaia) Negeri Pahang melalui Pos Maritim Teluk Gading telah mengambil inisiatif meninjau lokasi-lokasi tumpuan komuniti maritim setempat dengan menyampai peringatan serta mengedarkan risalah keselamatan di laut.
Ketua Pos Maritim Teluk Gading, Leftenan Madya Maritim Faiz Sukarmo berkata, inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti maritim terutamanya ahlu-ahli Persatuan Nelayan di kawasan Teluk Gading.
Inisiatif ini juga merupakan antara pengisian kepada sambutan yang julung kali diadakan ini dan bakal disambut pada tanggal 6 Jun setiap tahun bersempena dengan Kempen Kesedaran Keselamatan Di Laut peringkat kebangsaan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan semasa berada di laut.
Disamping itu juga, anggota turut menyampaikan penerangan ringkas mengenai operasi CARILAMAT yang ditwrajui oleh Maritim Malaysia selama ini.
Tinjauan dan inisiatif bertanya khabar juga dilakukan ke atas kelompok masyarakat persisir pantai dengan mengagihkan risalah-risalah berkaitan serta penerangan ringkas tata cara pemakaian jaket keselamatan yang betul serta pematuhan Standard Operation Procedure (SOP) bekerja diatas bot, khususnya dalam situasi pandemik COVID-19.
Interaksi santai dengan pematuhan ketat SOP kali ini telah memberi ruang dan juga peluang dalam mengongsi maklumat terutamanya ke arah usaha menangani isu-isu keselamatan serta aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan Pahang.
Usaha dan nilai murni ini sekaligus dapat mendekatkan Maritim Malaysia dengan nelayan tempatan dan menjadikan nelayan sebagai mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat dan aduan sekiranya diperlukan.
Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

