PELABUHAN KLANG, 27 Julai – Sebuah bot nelayan tempatan Kelas B bersama tiga lelaki warga tempatan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor di kedudukan 0.5 batu nautika dari Pelabuhan Utara lebih kurang jam 12.20 tengah malam kelmarin, kerana menunda di luar kawasan yang dibenarkan. Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, bot nelayan itu ditahan untuk pemeriksaan rutin dan disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.
“Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati, mereka menunda kurang dari 5.0 batu nautika dari daratan. Ketiga-tiga mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 52 tahun. Bot-bot nelayan ini diingatkan agar patuhi syarat lesen yang diberikan kerana kegagalan mematuhi peraturan boleh boleh menjejaskan ekosistem dan pendapatan nelayan tradisional di pesisir pantai,” jelas beliau. Dalam kejadian berasingan, seorang nakhoda lelaki warga tempatan berumur 59 tahun ditahan bersama bot penumpang disyaki melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Perluasan 11) kerana tidak memiliki sijil kelayakan membawa vesel yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.
Bot tersebut diperiksa di kedudukan 0.2 batu nautika Timur Pulau Che Mat Zin pada 7.10 malam tadi. Bot nelayan dan bot penumpang itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut. Maritim Malaysia menggesa agar orang ramai melaporkan sebarang kegiatan dan aktiviti di laut yang menyalahi undang-undang negara di pejabat Maritim yang berdekatan. Kerjasama daripada semua pihak termasuk persatuan nelayan kawasan dan komuniti nelayan serta semua pengusaha bot nelayan amat penting bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan perairan negara pada masa akan datang.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

