ROMPIN, 30 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pahang telah merampas dadah bernilai lebih kurang RM61,000.00 dalam satu operasi di Tanjung Gemok Kuala Rompin, pada hari Sabtu, 27 Jun sekitar jam 3.00 petang.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Hj Amran bin Hj Daud berkata, “semasa melaksanakan risikan kegiatan pengedaran menerusi OP Makmur di kawasan persisiran Muara Endau, anggota Maritim Malaysia yang membuat rondaan menggunakan Bot Kilat terserempak 4 orang lelaki menaiki sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan yang mencurigakan. Apabila 4 orang suspek terbabit menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka bertindak cuba melarikan diri tetapi gagal dan berjaya ditahan anggota Maritim Malaysia,” katanya.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek membawa 2 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 15 bungkusan plastik kecil didalamnya dan disyaki dadah jenis syabu (Methamphetamine) dengan anggaran kasar seberat 238.5 gram bersama wang tunai lebih kurang RM3,350.00,” tambah beliau.
“Soal siasat dijalankan ke atas 4 suspek, dan telah membawa kepada penggeledahan di sebuah rumah di Endau Mersing yang mana terdapat tangkapan lain seramai 4 orang lagi di rumah tersebut, membabitkan sejumlah dadah beranggaran 388.85 gram juga disyaki jenis syabu (Methamphetamine) dan heroin beserta sejumlah wang tunai RM600.00”, jelasnya lagi.
Menurut Amran, nilai keseluruhan rampasan merangkumi dadah anggaran kasar seberat 627.35 gram termasuk bot fiber yang dinaiki suspek dianggarkan bernilai RM87,000.00. Semua suspek yang berusia lingkungan 25 hingga 49 tahun itu ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kita percaya sindiket ini bermula di Johor dan menyeludup masuk ke Pahang menggunakan jalan air untuk pasaran Daerah Rompin. Ini merupakan tangkapan pertama melibatkan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya bagi Maritim Negeri Pahang setakat ini”, jelas Amran kepada media.
Maritim Negeri Pahang akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di laut dari masa ke semasa bagi memastikan sebarang kesalahan dan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras agar perairan Pahang sentiasa selamat, aman dan terkawal. Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

