PELABUHAN KLANG, 1 APRIL – Seorang lelaki warga tempatan telah dilaporkan hilang ketika keluar menjaring ikan di perairan Sementa, Kapar, Selangor lebih kurang jam 5.00 pagi, semalam.
Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Rosli bin Kassim berkata, sebaik menerima panggilan daripada isteri mangsa pada jam 1.00 pagi tadi, aset maritim telah digerakkan ke lokasi kejadian. Operasi Carilamat diaktifkan pada jam 3.30 pagi dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Jeti Nelayan Sementa, Kapar.
Pada jam 11.05 pagi, bot fiber yang dinaiki mangsa telah dijumpai oleh aset Maritim Malaysia dalam keadaan terbalik dan separuh tenggelam akibat di pukul ombak lebih kurang 3.1 batu nautika Barat Daya Sungai Serdang Besar.
Pencarian seterusnya oleh pesawat udara maritim telah menemukan mangsa yang memakai jaket keselamatan sedang terapung pada jam 11.10 pagi di kedudukan 2.6 batu nautika Utara Pulau Ketam iaitu kira-kira 2.2 batu nautika dari lokasi penemuan bot fiber.
Azlee, 48 berbangsa Melayu, diselamatkan oleh pesawat udara maritim dan dibawa ke Stesen Udara Subang dan seterusnya di bawa ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Aset-aset lain yang terlibat dalam operasi ini adalah dari Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Operasi CARILAMAT ditamatkan pada jam 12.00 tengah hari’’, ujar beliau.
Maritim Malaysia ingin mengingatkan agar semua orang berhati-hati dan memakai jaket keselamatan serta mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan sebarang aktiviti di laut. Di samping itu, Maritim Malaysia berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat yang lengkap kepada Maritim Malaysia jika terdapat sebarang aduan, kecemasan dan aktiviti jenayah di laut di talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

