![]()
PELABUHAN KLANG, 25 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor membuat pemantauan terhadap bot nelayan di sekitar perairan Selangor, semalam bagi memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi.
Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Komander Maritim Abdul Hakim bin Mohd Idris berkata, tiada bot pemancing dan bot pelancong kelihatan di sekitar perairan Pelabuhan Klang, namun terdapat empat bot nelayan tempatan tidak berlesen di Kuala Selangor dikesan cuba keluar ke laut. Mereka diarah pulang serta-merta oleh pihak kami yang membuat rondaan di perairan itu. Rondaan di beberapa kawasan tarikan pelancong dan pemancing di perairan Kuala Selangor seperti Pulau Angsa dan benteng pasir Sky Mirror pula mendapati, lokasi itu kini lengang dan tidak lagi dipenuhi orang ramai seperti kebiasaannya.
Tambah beliau, pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan PKP melibatkan komuniti maritim di perairan berkenaan yang pada hari biasa dilihat agak sibuk. Pada peringkat awal pelaksanaan PKP, memang ramai nelayan dan pemancing masih keluar ke laut tetapi sejak dua ke tiga hari lepas, jumlahnya berkurangan secara drastik. Dalam pada itu, kami lihat tiada lagi bot pemancing serta bot pelancong beroperasi. Selain melaksanakan tugas memastikan PKP dipatuhi, rondaan pihak kami di laut juga masih mengutamakan pembanterasan aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan pencerobohan rakyat asing, jelas beliau.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

