14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT KARGO KAYU BAKAU DI KUALA SEPETANG

KUALA KURAU, 17 Julai – Ibu Pejabat Maritim Zon (IPMZ) Kuala Kurau telah menahan sebuah bot kargo kayu bakau yang disyaki melakukan beberapa kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63 dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Sepetang, Rabu lalu.

Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman berkata, bot bernombor pendaftaran ANE 3119 itu ditahan kira-kira jam 2.50 petang pada kedudukan lebih kurang 0.05 batu nautika ke barat Muara Kuala Sepetang.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut disyaki melakukan kesalahan kerana gagal mempamerkan lesen bot dan polisi insurans seperti yang diperuntukkan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Selain itu, pemeriksaan terhadap kru turut mendapati wujud kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, iaitu gagal mengemukakan permit kerja serta disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)," katanya.

Beliau berkata, seramai tiga kru warga Indonesia berusia antara 26 hingga 48 tahun berada di atas bot ketika pemeriksaan dijalankan. Kesemua kru bersama bot berkenaan telah ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut. Laporan polis turut dibuat di Balai Polis Kuala Sepetang bagi melengkapkan proses siasatan.

Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua vesel yang beroperasi di perairan negara mematuhi undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa. Sehubungan itu, pemilik dan pengusaha vesel diingatkan supaya memastikan dokumen vesel, perlindungan insurans serta dokumen penggajian kru sentiasa lengkap, sah dan dikemas kini bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC