14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

MARITIM MALAYSIA LAKSANA OPERASI MEDEVAC, SELAMATKAN DUA PESAKIT KRITIKAL DARI PULAU TIOMAN

KUANTAN, 15 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menerusi Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan telah berjaya melaksanakan operasi Medical Evacuation (MEDEVAC) bagi memindahkan dua pesakit kritikal dari Pulau Tioman ke Hospital Mersing, Johor untuk menerima rawatan lanjut, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, MRSC Kuantan menerima panggilan kecemasan pertama daripada Hospital Tekek, Pulau Tioman pada jam 10.50 pagi membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang mengalami sawan demam akibat faringitis akut.

Beliau berkata, kira-kira 40 minit kemudian, pada jam 11.30 pagi, pihaknya menerima satu lagi permohonan bantuan daripada hospital yang sama melibatkan seorang lelaki berusia 49 tahun yang disahkan mengalami sindrom koronari akut dan memerlukan rawatan pakar dengan kadar segera di Hospital Mersing.

"Susulan kedua-dua permohonan kecemasan tersebut, KM TATAU telah diatur gerak bagi melaksanakan operasi MEDEVAC. Kapal tiba di Jeti Pulau Tioman pada jam 11.45 pagi sebelum membawa kedua-dua pesakit bersama pegawai perubatan, Dr. Sulaiman bin Zainal, serta Penolong Pegawai Kesihatan, Mohd Fariz bin Sulaiman," katanya.

Beliau berkata, KM TATAU selamat tiba di Jeti Maritim Pos Teluk Gading pada jam 2.35 petang, sebelum kedua-dua pesakit dipindahkan ke ambulans yang telah bersedia untuk dibawa ke Hospital Mersing bagi menerima rawatan lanjut.

Operasi ini membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam melaksanakan bantuan kemanusiaan dan kecemasan maritim, khususnya bagi memastikan penduduk di kawasan pulau mendapat akses kepada rawatan perubatan segera apabila diperlukan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kecemasan atau insiden di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Ibu Pejabat Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC