16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

HUT-21 | MARITIM MALAYSIA CATAT 1,124 TANGKAPAN, RM102.9 JUTA RAMPASAN TAHUN 2025

MIRI, 15 FEBRUARI – Sebanyak 1,124 kes tangkapan dengan nilai rampasan berjumlah RM102.9 juta direkodkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sepanjang tahun 2025, sekali gus memberikan mesej jelas bahawa perairan negara sentiasa dilindungi.

Angka itu bukan sekadar statistik, sebaliknya membuktikan tindakan tegas dan berterusan Maritim Malaysia dalam membanteras pelbagai jenayah maritim yang semakin kompleks dan terancang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kesalahan yang direkodkan melibatkan pencerobohan nelayan asing, penyeludupan migran, dadah, barangan kontraban, penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta jenayah rentas sempadan.

Menurut beliau lagi, ancaman berkenaan menuntut pasukan penguatkuasaan yang cekap, pantas dan berwibawa kerana isu di laut bukan hanya berkaitan keselamatan, malah menyentuh soal kedaulatan negara.

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-21 Maritim Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, YB Chiew Choon Man, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah serta Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah KDN dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Datuk Seri Dr. Shamsul dalam pada itu turut menegaskan, kehadiran Maritim Malaysia di perairan negara bukan sahaja berfungsi sebagai penguat kuasa undang-undang, malah menjadi faktor utama dalam membina keyakinan komuniti maritim,pelabur dan industri perkapalan yang menggunakan perairan Malaysia sebagai sumber rezeki dan laluan perdagangan, “Maritim Malaysia adalah simbol kedaulatan negara dan jaminan bahawa zon maritim kita sentiasa berada dalam kawalan serta selamat,” katanya.

Selain operasi penguatkuasaan, komitmen agensi ini turut terserlah menerusi 256 operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang dilaksanakan tahun lalu, membabitkan 1,930 mangsa dengan 1,768 individu berjaya diselamatkan.

Bagi memastikan momentum ini berterusan, Kerajaan MADANI memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia melalui penambahan aset strategik. Kapal Multi Purpose Mission Ship (MPMS) pertama buatan Turkiye dijangka diterima pada pertengahan 2027, manakala empat helikopter Agusta Westland AW189 akan diterima secara berperingkat mulai Julai 2026.

Bukan itu sahaja, jelas beliau, pada penghujung tahun lalu, Maritim Malaysia turut menerima Kapal Ex-USCG Cutter Steadfast daripada United States Coast Guard

(USCG) dalam usaha meningkatkan keupayaan rondaan jarak jauh dan operasi berterusan di perairan negara khususnya di Laut China Selatan.

Selain Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-21 Maritim Malaysia, majlis berkenaan turut diserikan dengan Perasmian Kompleks Zon Maritim Miri.

Kompleks yang bernilai RM118.3 juta itu merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (Rolling Plan 2), merangkumi bangunan pentadbiran moden, jeti operasi, 95 unit kuarters kediaman dan kemudahan sokongan lain.

Dengan gabungan kekuatan aset dan infrastruktur baharu, Maritim Malaysia kini berada pada landasan lebih kukuh untuk memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.

HUT APMM
 
HUT APMM2
 
HUT APMM3
 
HUT APMM5

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC