KOTA TINGGI, 2 FEBRUARI – Seorang nelayan tempatan dilaporkan masih hilang selepas bot gentian kaca yang dinaikinya terlibat dalam insiden pelanggaran dengan sebuah bot tidak dikenal pasti di perairan Pengerang, malam semalam.
Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.00 malam sebelum Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) segera diaktifkan melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru.
Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa, Mustaffa Hussain, 55, bersama seorang pekerjanya, Khairul, 32, warga Indonesia, sedang berada di atas bot gentian kaca sebelum dilanggar dari arah belakang lebih kurang pada pukul 10.00 malam.
“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke laut. Bagaimanapun, Khairul berjaya berpaut pada bot dan diselamatkan oleh bot Pasukan Polis Marin (PPM),” tambah beliau.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada kedudukan kira-kira 1.2 batu nautika barat daya Tanjung Setapa, tidak jauh dari lokasi bot mangsa dilanggar.
Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian diteruskan meliputi kawasan seluas dua batu nautika dari lokasi kejadian.
“Operasi CARILAMAT masih giat dijalankan dengan penglibatan pelbagai aset, namun belum menemukan sebarang petunjuk,” kata beliau lagi.
Dalam pada itu, orang ramai dan komuniti maritim yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan, diminta tampil membantu dengan menyalurkan maklumat kepada talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili di talian 07-891 6591.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

