PULAU PINANG, 31 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan dua kapal tangki disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) di kedududukan 24 batu nautika barat Muka Head, Pulau Pinang pada Khamis lalu.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata,, kira-kira pukul 1.00 pagi itu, bot peronda Maritim Negeri Pulau Pinang telah menerima aduan berhubung kapal tangki itu dalam keadaan bersauh dan disyaki mereka melakukan aktiviti pemindahan minyak yang melibatkan dua buah kapal tangki di perairan itu.
Beliau memaklumkan, pemeriksaan mendapati kedua – dua kapal itu dalam keadaan bergandingan dan disyaki melakukan aktiviti pemindahan kapal ke kapal.
“Kedua – dua kapal terbabit dipercayai melakukan aktiviti pemindahan minyak mentah yang melibatkan 53 orang kru, dimana kesemua kru terdiri daripada warga China, Myanmar, Iran, Pakistan dan India,”
“Nilai rampasan minyak mentah adalah berjumlah lebih RM512 juta, manakala nilai rampasan bagi kedua-dua kapal tangki tersebut adalah RM718 juta," katanya.
Jelas Muhammad Suffi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia yang membawa hukuman sebanyak RM100 ribu dan Seksyen 491B (1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu melakukan aktiviti kapal ke kapal (ship to ship transfer) tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang membawa hukuman sebanyak RM 200ribu ke atas kedua- dua vesel.
“Dua kapten kapal dan vesel terlibat telah ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.
Beliau dalam pada itu turut menegaskan, Maritim Negeri Pulau Pinang akan terus mempertingkatkan rondaan di perairan negeri ini untuk memastikan semua aktiviti di laut mematuhi peruntukan undang – undang sedia ada.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

