15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

DUA BOT DITAHAN, CUBAAN SELUDUP PATI MASUK DAN KELUAR GAGAL

PELABUHAN KLANG, 27 JANUARI – Cubaan menyeludup masuk dan membawa keluar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui perairan Selangor gagal apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah berjaya menahan dua bot dalam operasi khas awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat risikan terhadap aktiviti penyeludupan manusia di sekitar perairan Bagan Nahkoda Omar.

Beliau memaklumkan, tangkapan pertama melibatkan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang ditahan pada pukul 12.30 tengah malam di kedudukan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Bagan Nahkoda Omar.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong warga Myanmar berusia 36 tahun. Seramai 26 PATI warga Indonesia berada di atas bot itu, terdiri daripada 17 lelaki termasuk seorang kanak-kanak dan sembilan wanita berumur antara lima hingga 53 tahun,” katanya.

Beliau turut berkata, dua lelaki warga tempatan berusia 46 dan 49 tahun turut berada di atas bot berkenaan dan dipercayai keluar dan pulang ke negara ini melalui laluan yang tidak sah.

Sementara itu, tangkapan kedua dibuat kira-kira pukul 2.00 pagi melibatkan sebuah bot pom-pom di kedudukan sekitar dua batu nautika barat daya kawasan sama.

“Bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama dua awak-awak warga Indonesia berusia antara 22 hingga 32 tahun.”

“Pemeriksaan lanjut menemui 24 PATI terdiri daripada 19 lelaki dan lima wanita berumur antara 22 hingga 64 tahun, serta seorang bayi perempuan berusia tiga bulan,” katanya lagi.

Abdul Muhaimin turut berkata, kesemua PATI yang ditahan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar negara melalui jalan yang tidak diwartakan, serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) kerana cubaan membawa masuk PATI.

Kesemua individu bersama bot yang ditahan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Abdul Muhaimin menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah rentas sempadan dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di perairan negara.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau melalui talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

WhatsApp Image 2026 01 27 at 12.18.28 PM
 
WhatsApp Image 2026 01 27 at 12.18.28 PM 1
 
WhatsApp Image 2026 01 27 at 12.18.29 PM 1
 
WhatsApp Image 2026 01 27 at 12.18.30 PM

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC