15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN SELUDUP 6,000 LITER PETROL KE NEGARA JIRAN

KUDAT, 5 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira 6,000 liter minyak petrol ke negara jiran selepas menahan sebuah bot pam di perairan Kudat, dalam operasi awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, bot pam berkenaan dikesan hasil maklumat risikan yang diterima daripada Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah ketika pasukannya sedang melaksanakan OP SEJAHTERA, OP TIRIS, OP PLUTO TIMUR dan OP CEGAH PATI.

Menurut beliau lagi, sekitar puku 1.00 pagi, sebuah bot pam yang bergerak perlahan dan mencurigakan telah dikesan pada jarak kira-kira 1.5 batu nautika dari Tanjung Kalutan, Balambangan sebelum aset ronda Bot KILAT 48 diarahkan ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

“Ketika bot ronda menghampiri bot suspek, tiga individu yang berada di atas bot bertindak terjun ke laut cetek dan melarikan diri ke kawasan daratan berhampiran,” jelas beliau lagi.

Hasbullah berkata, pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan itu mendapati ia membawa 25 tong plastik berwarna biru berisi minyak petrol dengan anggaran keseluruhan kira-kira 6,000 liter.

“Muatan bahan api tersebut dipercayai dibawa tanpa permit yang sah dan disyaki untuk tujuan pasaran gelap atau diseludup ke negara jiran berhampiran,” katanya.

Beliau memaklumkan, bot pam bersama minyak petrol yang dirampas dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dan telah dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa kebenaran atau permit yang sah.

Dalam pada itu, Zon Maritim Kudat menyeru orang awam khususnya komuniti maritim agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

KUDAT MINYAK3
 
KUDAT MINYAK2

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC