TANJUNG PIAI, 18 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengkoordinasi operasi berhubung insiden sebuah bot nelayan yang karam melibatkan dua mangsa di perairan Tanjung Piai, Johor, awal pagi tadi.
Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil berkata, MRSC Johor Bahru menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.00 pagi, memaklumkan sebuah bot nelayan karam kira-kira 2.9 batu nautika di Timur Laut Tanjung Piai. Sejurus maklumat diterima, Bot PERKASA 42 telah diaturgerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan dan melaksanakan operasi susulan.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 5.00 pagi apabila bot mangsa dipukul ombak dari arah belakang, menyebabkan bot menjadi tidak stabil sebelum terbalik,"
“Kedua-dua mangsa sempat berpaut pada bot dan menghubungi bantuan sebelum diselamatkan oleh nelayan dari Jeti Pengkalan Kampung Pok,” jelasnya.
Hasil pemeriksaan di lokasi juga mendapati, kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 57 dan 47, telah selamat dibawa ke jeti Forest City dan disahkan tidak memerlukan rawatan perubatan lanjut. Bot nelayan yang karam turut ditarik ke daratan berhampiran.
Kama Azri dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada komuniti nelayan setempat yang bertindak pantas membantu menyelamatkan mangsa selain menekankan kepentingan kerjasama erat antara komuniti maritim dan agensi penguat kuasa dalam memastikan keselamatan nyawa di laut.
Beliau turut menasihatkan komuniti nelayan agar sentiasa peka terhadap keadaan cuaca, memastikan bot dalam keadaan selamat, serta membawa peralatan komunikasi dan keselamatan yang mencukupi sebelum turun ke laut.
Maritim Malaysia komited memperkukuh keselamatan maritim dan menggesa komuniti maritim segera melaporkan insiden di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pejabat Operasi Maritim berhampiran untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

