14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

MARITIM MALAYSIA JAYAKAN MISI BANTUAN TENGKUJUH YFBM DI PULAU TUBA DAN PULAU DAYANG BUNTING

LANGKAWI, 13 Disember - Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama Yayasan Taqwa selaku penyumbang utama telah melaksanakan Misi Bantuan Tengkujuh: Program Susur Pulau Tahun 2025 melibatkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting, di sini, pada 12 dan 13 Disember lalu.

Program tersebut bertujuan meringankan beban komuniti nelayan pantai yang terjejas akibat musim tengkujuh, khususnya dari aspek kebajikan dan keperluan asas harian.

Seramai 300 ketua isi rumah (KIR) menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM82,500, melibatkan beberapa lokasi utama iaitu Masjid Kampung Lubuk Cempedak, Pulau Tuba (80 KIR), kawasan Tuba Street, Pulau Tuba (145 KIR), Masjid Al-Falah, Kampung Selat Bagan Nyiur, Pulau Dayang Bunting (60 KIR) serta agihan malam di Kampung Tepi Laut yang melibatkan 15 penerima.

Antara bantuan yang disalurkan kepada penerima merangkumi beras seberat 10 kilogram, set makanan asas, kit kebersihan serta minyak masak lima kilogram bagi membantu kelangsungan hidup komuniti terlibat sepanjang tempoh monsun.

Program berkenaan turut diperkasakan menerusi inisiatif Mobile Salon melalui Program BFBL Salon YFBM yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma sebagai nilai tambah kepada kesejahteraan penerima manfaat.

Misi tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Johan Halid, yang turun padang menyantuni penerima serta meninjau pelaksanaan agihan bantuan di lapangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Yayasan Taqwa atas sumbangan serta kepercayaan sebagai penyumbang utama program, selain penghargaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Kedah dan Perlis atas sokongan logistik termasuk penyediaan bot bagi melancarkan pergerakan pasukan ke lokasi pulau terlibat.

Penghargaan turut dizahirkan kepada para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah membantu dalam sesi pemunggahan, pemindahan dan agihan bantuan di kawasan Tuba Street, Pulau Tuba.

Komitmen serta kerjasama erat semua pihak terlibat menjadi antara faktor utama kejayaan pelaksanaan Misi Bantuan Tengkujuh: Program Susur Pulau Tahun 2025, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dalam membantu komuniti maritim yang memerlukan.

MISI TENGKUJUH
 
MISI TENGKUJUH2
 
MISI TENGKUJUH4
 
MISI TENGKUJUH5

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC