15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

OPERASI CARILAMAT VESEL HAMPIR KARAM ; 18 MANGSA SELAMAT, 1 TERKORBAN

LANGKAWI, 27 NOVEMBER – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang diaktifkan selepas sebuah vesel dilaporkan hampir karam di perairan Timur Laut Pulau Perak semalam kini mencapai perkembangan terbaharu apabila kesemua 19 mangsa berjaya ditemui, dengan 18 mangsa disahkan selamat manakala seorang lagi meninggal dunia.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, memaklumkan bahawa KD LEDANG milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengesan kesemua mangsa sebelum memberikan rawatan awal kepada mereka. Mangsa yang meninggal dunia turut dibawa untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

KD LEDANG kemudian tiba di Jeti TLDM MAWILA 3 pada pukul 6.00 pagi dan kesemua mangsa menjalani prosedur pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan satu mayat lelaki diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Selesai pemeriksaan, kesemua 18 mangsa selamat diserahkan kepada Maritim Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersyukur kerana 18 mangsa lain berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas serta koordinasi yang sangat baik antara semua agensi,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan operasi ini membuktikan kesiapsiagaan dan komitmen pasukan penyelamat dalam memastikan keselamatan nyawa di laut sentiasa menjadi keutamaan.

“Dengan kesemua mangsa telah ditemui, Op CARILAMAT kini ditamatkan sepenuhnya,” jelas Romli lagi.

Maritim Malaysia melalui MRSC Langkawi merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat atas kerjasama dan dedikasi sepanjang operasi berlangsung, selain menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan kesiapsiagaan dan koordinasi keselamatan di perairan negara.

OPCARILAMAT LUMUT2
 
OPCARILAMAT LUMUT3
 
OPCARILAMAT LUMUT4
 
OPCARILAMAT LUMUT6

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC