15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

DUA BOT PUKAT KENKA DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

KUALA KURAU, 12 NOVEMBER — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan dua buah bot pukat kenka kerana disyaki melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan awal pagi tadi.

Kedua-dua bot tersebut, dikesan sekitar pukul 2.00 pagi hingga 2.10 pagi pada kedudukan kira-kira 7 hingga 7.2 batu nautika barat Muara Kuala Kurau.

Pemeriksaan mendapati kedua-dua vesel disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan pada waktu yang tidak dibenarkan, tidak diusahakan sendiri oleh pemilik sebenar, serta menggunakan peralatan yang dilarang, iaitu pemberat melebihi had yang dibenarkan.

Seramai lima orang awak-awak dan dua orang tekong, kesemuanya warganegara Malaysia, berada di atas kedua-dua bot tersebut semasa tangkapan dibuat.

Kesemua individu bersama vesel terbabit telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut dan siasatan di bawah Akta Perikanan 1985.

Maritim Malaysia menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perikanan, khususnya aktiviti yang boleh menjejaskan sumber hasil laut serta menindas nelayan pesisir yang berlesen sah.

Maritim Malaysia juga menyeru orang awam, khususnya komuniti nelayan, supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti perikanan haram atau pelanggaran undang-undang maritim melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 untuk maklumbalas segera.

 

KENKA KURAU4
 
KENKA KURAU2
 
KENKA KURAU3
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC