BATU PAHAT, 17 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat menggagalkan aktiviti penangkapan ikan secara haram selepas merampas 20 set bubu naga di dua lokasi berasingan di perairan daerah ini.
“Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal memaklumkan, Operasi MARDOF yang dilaksanakan bersama Jabatan Perikanan Daerah Batu Pahat dari 14 hingga 15 Oktober 2025 itu melibatkan sebuah aset Jabatan Perikanan dengan enam kru dan anggota Maritim Malaysia di sepanjang perairan Batu Pahat.
“Rampasan pertama melibatkan 10 set bubu naga sepanjang 10 meter setiap satu, ditemui kira-kira 0.7 batu nautika barat daya Sungai Ayam, manakala rampasan kedua melibatkan 10 set lagi pada jarak 0.5 batu nautika barat daya Tanjung Laboh.”
“Semua bubu naga ini dipasang di kawasan yang sering menjadi lubuk hasil laut nelayan tempatan,” kata beliau.
Beliau menjelaskan, penggunaan bubu naga diharamkan sepenuhnya kerana boleh menjejaskan ekosistem laut dan mengancam kelestarian sumber perikanan negara.
Tambahnya, sebarang pemasangan bubu secara berangkai atau bersambung juga dilarang sama sekali di bawah undang-undang sedia ada.
Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kaedah penangkapan ikan yang tidak dibenarkan.
Semua peralatan yang dirampas dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat.
Mohammad Zaini turut menegaskan, Maritim Malaysia memandang serius sebarang bentuk aktiviti penangkapan ikan secara haram kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah menjejaskan pendapatan nelayan tempatan dan sumber marin negara.
Beliau turut meminta orang awam agar menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau aktiviti perikanan haram melalui Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau talian kecemasan 999, bagi membantu Maritim Malaysia memastikan keselamatan serta kelestarian perairan negara terus terpelihara.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

