14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN DUA WARGA INDONESIA DISYAKI TERLIBAT PENYELUDUPAN DADAH DI PERAIRAN FOREST CITY

JOHOR BAHRU, 16 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menahan dua orang lelaki warga Indonesia disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah berhampiran pesisir pantai Forest City pada dua hari yang lalu.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil, berkata tangkapan dilakukan sekitar jam 4.30 pagi hasil maklumat risikan dan tindakan pantas pasukan Bot PERKASA 43.

Menurut beliau, pasukan operasi yang dipecahkan kepada tim laut dan tim darat telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan sebelum ia melarikan diri. Hasil tindakan susulan, dua suspek lelaki warga Indonesia berjaya ditahan di tepi pantai Forest City.

“Hasil pemeriksaan menemui dua bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 1,993 gram dengan anggaran nilai RM66,000.00, serta 499 unit bungkusan plastik berisi cecair disyaki dadah jenis ‘mushroom vape’ bernilai kira-kira RM99,000.00. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM165,000.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an ditahan untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan operasi di kawasan sempadan perairan

negara bagi membanteras sebarang bentuk aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim.

 

DADAH FOREST CITY2
 
DADAH FOREST CITY3
 
DADAH FOREST CITY4
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC