15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

PENYELUDUPAN BERPUTIH MATA, CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK GAGAL

SANDAKAN, 12 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran dalam satu operasi penguatkuasaan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Suhairy bin Hussain berkata, sebuah bot tanpa nombor pendaftaran ditahan pada pukul 12.45 tengah hari di kedudukan 8.79 batu nautika utara Kuala Mumiang.

“Suspek dilihat cuba membuang beberapa objek ke laut setelah menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut membawa sebanyak 120 pek minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,”

“Turut ditemui wang tunai berjumlah RM6,850.00 bersama salah seorang kru yang ditahan,” katanya.

Tambah beliau, tiga kru lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 39 tahun turut ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, selain bot yang digunakan juga tidak mempunyai dokumen pendaftaran.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002. Bot bersama barang rampasan yang dianggarkan bernilai lebih RM70,00.00 beserta kru telah diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keselamatan perairan negara melalui kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan,”

“Rondaan serta pemantauan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan perairan negara kekal selamat,” tegas beliau.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan, jenayah maritim atau kecemasan di laut boleh menyalurkan aduan ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di 089-229504 yang beroperasi 24 jam.

 

MINYAK GAGAL

 

 

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC