15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

KAPAL LCT BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KUKUP, 11 SEPTEMBER – Sebuah kapal jenis Landing Craft Tank (LCT) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor selepas dikesan bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 1.1 batu nautika barat daya Pulau Kukup sekitar pukul 10.00 pagi semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil berkata, tindakan kapal tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang malah turut menghalang laluan keluar masuk kapal lain di kawasan berkenaan.

“Pihak kami cuba menghubungi kapal terbabit melalui saluran VHF, namun tiada sebarang respon diterima.”

“Bot PERKASA 42 segera digerakkan ke lokasi ketika rondaan OP JAKSA/OP TODAK 2/2021/OP TIRIS 3.0 sedang dijalankan,” katanya.

Pemeriksaan mendapati kapal itu dikendalikan sembilan kru warga asing, terdiri daripada empat rakyat Indonesia dan lima rakyat Nigeria berusia 29 hingga 55 tahun. Semua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Bagaimanapun, nakhoda kapal gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia. Kapal terbabit kemudian ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Nakhoda dan seorang kru turut ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sungai Pulai sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Negeri Johor untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan penguatkuasaan di perairan Johor akan terus diperketat dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran undang-undang yang mengancam keselamatan negara.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut boleh menyalurkannya ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di 07-2199401.

 

LCT BERSAUH

 

 

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC