KUANTAN, 10 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menahan sebuah vesel nelayan (VNT) tempatan kelas C kerana didapati melanggar syarat sah lesen dalam operasi bersepadu di perairan Kuala Kuantan, pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, bot peronda Maritim Malaysia mengesan vesel terbabit dalam keadaan mencurigakan ketika bersauh kira-kira 2.9 batu nautika dari tenggara Kuala Kuantan sebelum ditahan pada pukul 9.50 pagi menerusi operasi Preventive SAR dan OP MAKMUR .
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima kru warga Myanmar berusia antara 32 hingga 45 tahun. Seorang daripadanya memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah tamat tempoh, manakala empat lagi langsung tidak memiliki dokumen sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).”
“Kesemua mereka juga gagal mengemukakan permit kerja daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), katanya lagi.
Jelas beliau, kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. Vesel terbabit bersama kru, peralatan menangkap ikan, dokumen serta hasil laut yang dianggarkan seberat 720 kilogram dibawa ke Jeti Penerpa Kuantan Slipway untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim.
Laksamana Pertama Maritim Mazlan turut menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang khususnya membabitkan pencerobohan serta pelanggaran syarat lesen perikanan di perairan negara.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengambil mudah undang-undang sedia ada, katanya.
Dalam masa sama, beliau menyeru orang ramai khususnya komuniti nelayan supaya menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan mencurigakan atau jenayah maritim melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

