KUALA TERENGGANU, 18 OGOS – Maritim Malaysia Negeri Terengganu berjaya menahan 18 bot penumpang termasuk sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) dalam Operasi Khas di sekitar perairan Pulau Perhentian, Besut yang dijalankan dari 15 hingga 17 Ogos lalu.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang berkata, operasi yang dinamakan OP PATUH itu melibatkan lima aset laut milik Maritim Malaysia iaitu KM RAWA, Bot PENGAWAL 16, Bot PENGGALANG 45, Bot PERKASA 34 dan Bot PERKASA 48 dengan kekuatan seramai 60 anggota.
Kesemua bot terbabit ditahan atas pelbagai kesalahan serius antaranya membawa penumpang melebihi had, tiada insurans, beroperasi tanpa lesen sah, melanggar syarat lesen, menggunakan bot nelayan dan bot kargo untuk membawa penumpang, tiada perakuan kompetensi nakhoda serta tidak menyediakan peralatan keselamatan nyawa.
"Tindakan pengusaha yang mengabaikan aspek keselamatan ini boleh mengundang tragedi. Maritim Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dengan perbuatan yang mementingkan keuntungan tetapi mempertaruhkan nyawa penumpang," katanya.
Beliau menambah, selain hasil operasi dengan 17 tangkapan vesel iaitu 16 bot penumpang dan sebuah bot nelayan tempatan; turut ditahan ialah seramai 32 individu dalam lingkungan usia 20 hingga 50 tahun termasuk tekong vesel nelayan dan pemandu bot penumpang.
Jumlah keseluruhan kompaun dan denda yang dikenakan hasil operasi ini adalah sebanyak RM416 ribu dan disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 serta Akta Perikanan 1985.
Beliau menegaskan, OP PATUH dilaksanakan bagi memastikan pematuhan undang-undang di laut, membanteras penggunaan bot tidak berlesen yang membawa penumpang, khususnya kepada pelancong dalam dan luar negara, serta meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan di laut.
Maritim Malaysia menasihati orang ramai agar sentiasa menitik beratkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan insiden di laut, Maritim Malaysia akan terus memperketatkan penguatkuasaan demi memastikan keselamatan komuniti dan industri pelancongan maritim terutamanya di perairan Terengganu.
Kesemua bot yang ditahan diiring ke Jeti Pos Maritim Besut untuk siasatan lanjut.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

