14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

KAPAL HANTU HANYUT DI TERENGGANU

KUANTAN, 14 OGOS – Sebuah kapal hantu (unmanned vessel) yang hanyut di perairan Pelantar Semangkok A, Terengganu sejak 12 Ogos lalu berjaya dikawal dalam operasi bersepadu yang dikoordinasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Operasi itu mendapat bantuan aset udara jenis Dauphin AS 365 N3 yang membawa Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM), Malaysia Petroleum Management (MPM), PETRONAS, PETRONAS Carigali Sdn Bhd, Vestigo Petroleum Sdn Bhd, Jadestone Energy (Malaysia) dan Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab berkata, kapal terbabit kini dalam proses penundaan menuju ke Kemaman Supply Base (KSB) untuk tujuan penyelamatan.

Menurut beliau, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan menerima laporan daripada MRSC Johor pada pukul 4.45 petang, 12 Ogos, mengenai pengesanan kapal hanyut kira-kira empat batu nautika timur pelantar berkenaan.

“Kapal itu hanyut melepasi kawasan pelantar minyak dan berisiko mengancam keselamatan pelantar lain di sekitarnya,” katanya.

Tambah beliau, pasukan STAR Team berjaya merapat ke kapal pada pukul 6.58 petang semalam dan memasang tali tunda ke Kapal JM Purnama milik Jasa Merin, kemudian memulakan penundaan menuju KSB yang dijangka tiba pada 15 Ogos ini.

Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan turut memaklumkan sebaik tiba di KSB, pemeriksaan terperinci akan dilakukan termasuk siasatan identiti kapal serta aduan berhubung kemungkinan terdapat mangsa di dalamnya.

Maritim Malaysia memaklumkan operasi akan diteruskan sehingga kapal selamat diserahkan kepada pihak Jabatan Laut Malaysia.

Kejadian ini dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden sebuah kapal tangki terbakar di perairan Tanjung Sedili pada 7 Ogos lalu.

 

KAPAL HANTU6
 
KAPAL HANTU3
 
KAPAL HANTU2
 
KAPAL HANTU4
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC