24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

MARITIM MALAYSIA LUPUS BARANG RAMPASAN BERNILAI LEBIH RM270 RIBU

PORT DICKSON, 7 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan melaksanakan operasi pelupusan barangan rampasan lucut hak secara bersepadu yang melibatkan dadah berbahaya dan barangan kosmetik tidak berdaftar, di sini pada Selasa.

Pelupusan dilaksanakan di fasiliti Cenviro Recycling and Recovery Sdn. Bhd., Port Dickson, Negeri Sembilan, dengan melibatkan tiga zon maritim utama iaitu Zon Maritim Labuan, Zon Maritim Tawau dan Zon Maritim Kudat.

Antara barangan yang dilupuskan termasuk dadah jenis Methamphetamine dan pelbagai produk kosmetik yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM270 ribu.

Sementara itu Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali memaklumkan, pelupusan ini adalah bukti komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan setiap rampasan tidak hanya dihentikan di peringkat siasatan tetapi diuruskan secara menyeluruh sehingga ke peringkat pelupusan akhir.

“Pelupusan secara bersepadu ini bukan sahaja mengelakkan lambakan barangan terlarang berada dalam simpanan Maritim Malaysia, tetapi juga memperkukuh integriti dan ketelusan dalam pengurusan hasil rampasan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan penguatkuasaan dan operasi bersama agensi lain bagi membanteras kegiatan jenayah maritim, khususnya yang melibatkan penyeludupan dadah dan produk tidak sah yang mengancam keselamatan serta kesihatan awam.

Maritim Malaysia menyeru masyarakat untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan di perairan negara dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia terdekat untuk tindakan segera.

 

LUPUS DADAH2

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC