PASIR PUTEH, 28 JULAI – Maritim Negeri Kelantan telah berjaya menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C kerana melanggar syarat lesen, kira-kira 37 batu nautika dari muara Tok Bali, pada Sabtu lalu.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan dibuat oleh aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan dalam Op Naga Barat, Op Damai dan Op Tiris sekitar pukul 2.00 petang hari berkenaan.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat kru termasuk tekong di atas vesel berkenaan, yang disyaki merupakan warga Myanmar berusia antara 19 hingga 52 tahun.
“Siasatan awal mendapati kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai tidak memiliki pasport serta permit kerja yang diiktiraf kerajaan Malaysia,” jelas Erwan.
Menurut beliau, tindakan ini jelas melanggar syarat lesen vesel di bawah Akta Perikanan 1985, selain kesemua kru turut melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.
“Dokumen pengenalan yang dikemukakan turut diragui dari segi kesahihan, justeru Maritim Negeri Kelantan akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pemilik vesel serta aktiviti pengendalian kru asing yang dilakukan,” tambahnya.
Maritim Malaysia turut merampas hasil laut dianggarkan seberat 600 kilogram bersama peralatan menangkap ikan. Nilai keseluruhan hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM800 ribu.
Vesel, tekong dan kru telah diiring ke Jeti Maritim Negeri Kelantan sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

