PUTRAJAYA, 25 JULAI – Jalinan kerjasama strategik sedia ada antara Malaysia dan Jepun dalam arena keselamatan maritim terus diperkasa melalui kejayaan penganjuran Latihan Komunikasi Mencari dan Menyelamat (SARCOMEX) dua hala melibatkan Pusat Koordinasi Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya dan kapal latihan Japan Coast Guard (JCG), Itsukushima petang tadi.
Latihan ini direka khusus untuk menguji keberkesanan saluran komunikasi, mempertingkat koordinasi dalam Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim (CARILAMAT), serta memantapkan tahap kesiapsiagaan kedua-dua negara dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan di laut secara bersepadu.
Keunikan latihan kali ini diserlahkan dengan penyertaan seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Leftenan Maritim Mohd Faiz Muhaimin bin Khalid dari KM Pekan, yang mengikuti latihan secara langsung di kapal Itsukushima. Beliau kini dalam pelayaran latihan ke Jepun dan dijangka tiba pada awal Ogos ini menzahirkan penghargaan atas peluang menimba ilmu dan pengalaman berharga bersama rakan sejawat dari negara sahabat.
Sesi latihan ini telah diwakili oleh pasukan MRCC Putrajaya yang diketuai oleh Leftenan (M) Mohamad Hasni bin Lizarus selaku Pegawai Bertugas, bersama Leftenan (M) Zamree bin Mohd Noh, Bintara Kanan (M) Prakash a/l Palany, Laskar Kanan (M) Khairul Izuan bin Wahab, dan Laskar Kanan (M) Lili Estiti binti Mohd Bacuk.
Menurut MRCC Putrajaya, kejayaan latihan ini membuktikan keupayaan kedua-dua pihak untuk bertindak balas secara efisien dan memastikan interoperabiliti yang lancar. Kerjasama strategik seperti ini mencerminkan usaha berterusan Malaysia dan Jepun dalam menjamin keselamatan dan keamanan di perairan antarabangsa, sekali gus memperkukuh hubungan diplomatik sedia ada.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

