KUALA KURAU, 16 JUN – Sebuah vesel nelayan TERBAKAR di kedudukan kira-kira 8.6 batu nautika timur Tanjung Piandang pagi tadi.
Dalam kejadian itu, tiga kru bot terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, namun hanya dua berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi dilaporkan hilang.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman berkata, seorang kru yang juga pemilik bot yang hilang dikenali sebagai Cheah Chai Pun masih belum ditemukan dan dikhuatiri lemas.
Hairil turut memaklumkan, kejadian berlaku pada sekitar jam 4.00 pagi apabila kebakaran berlaku berpunca dari bahagian enjin bot. Api berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan penyelamat sebaik bot ditunda ke jeti Tanjung Piandang.
Mengulas lanjut mengenai mangsa yang belum ditemui, Hairul berkata, pihaknya telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 7.00 pagi tadi sejurus aduan diterima.
“Bot PERKASA 1238 telah diatur gerak ke lokasi kejadian sebaik operasi CARILAMAT diaktifkan, bagi menjejak dan menyelamatkan mangsa yang masih hilang,” ujarnya.
Menurutnya lagi, usaha pencarian masih giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti maritim setempat yang turut digerakkan untuk membantu menyalurkan maklumat serta sokongan logistik di lapangan.
Maritim Malaysia menyeru orang awam terutamanya komuniti nelayan yang mempunyai sebarang maklumat atau petunjuk baharu untuk tampil membantu pasukan penyelamat dengan menyalurkan maklumat melalui talian 011-3525 9919, atau Pejabat Zon Maritim Kuala Kurau (05-727 9919) atau 999 untuk tindakan segera.
Misi pencarian mangsa akan disambung pada esok pagi memandangkan keadaan cuaca yang semakin gelap.
Orang ramai disarankan untuk mengutamakan keselamatan ketika berada di laut serta memastikan peralatan seperti jaket keselamatan dan alat pemadam api berada di dalam bot serta berkeadaan baik sebelum memulakan pelayaran.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

