MIRI, 1 JUN – Cubaan dua vesel nelayan asing (VNA) dari Indonesia dan Vietnam menceroboh perairan negara untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri pada 30 Mei lalu.
Kedua-dua vesel berkenaan dikesan berada dalam kawasan perairan negara tanpa kebenaran di sekitar 38 batu nautika barat laut Kuala Suai dan 31 batu nautika barat laut Kuala Niah.
Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, tindakan tegas diambil menerusi pelaksanaan OP PERMAI 01/2019, OP NAGA dan OP TIRIS 3.0.
VNA Indonesia ditahan pada sekitar jam 12.00 tengah hari, manakala VNA Vietnam pada jam 5.45 petang selepas menerima maklumat awam mengenai kehadirannya, katanya.
Ketika cubaan menahan VNA Vietnam, anggota bot ronda Maritim Malaysia berdepan detik cemas apabila kru vesel berkenaan bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama.
Beliau menambah, mereka melakukan maneuver yang membahayakan, membaling objek keras dan tajam ke arah anggota penguat kuasa dalam keadaan laut bergelora serta mengancam keselamatan nyawa pasukan keselamatan.
Bagaimanapun, tindakan pantas dan profesional pasukan Maritim Malaysia berjaya mengawal keadaan serta menahan vesel terbabit tanpa sebarang kecederaan kepada anggota bertugas.
"Operasi membawa masuk kedua-dua vesel tahanan ke Kompleks Zon Maritim Miri mengambil masa lebih 18 jam disebabkan faktor cuaca dan lokasi tangkapan yang jauh dari Pangkalan," katanya lagi.
Seramai lapan kru termasuk dua tekong terdiri daripada lima warga Indonesia dan tiga warga Vietnam berumur antara 25 hingga 53 tahun turut ditahan. Mereka kini ditempatkan di Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu bagi siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, yang memperuntukkan denda sehingga RM6 juta terhadap tekong dan RM600 ribu terhadap setiap kru kerana menangkap ikan tanpa kebenaran dan menceroboh perairan Malaysia.
Dalam operasi itu juga, pihak Maritim merampas kedua-dua vesel bersama peralatan menangkap ikan dan peralatan navigasi yang dianggarkan bernilai RM3.3 juta.
Maritim Malaysia komited menjalankan rondaan secara berterusan demi menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang pencerobohan dan aktiviti haram, tegas Mohd Khairol.
Orang awam diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim atau kecemasan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-649111, Maritim Negeri Sarawak di 082-432544/432016, atau melalui talian kecemasan 999 bagi maklum balas segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

