PASIR PUTEH, 22 MEI – Maritim Negeri Kelantan berjaya menahan sebuah vesel tanker asing Thailand pada kedudukan lebih kurang 100 batu nautika dari muara Tok Bali Selasa lalu.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan dilakukan oleh sebuah aset penguatkuasa Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan di sempadan perairan Malaysia-Vietnam dalam Op DAMAI, Op NAGA BARAT dan Op TIRIS.
Vesel tersebut telah dikesan dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 1.00 petang 20 Mei sebelum berjaya ditahan 20 minit kemudian.
Hasil pemeriksaan mendapati, vesel tersebut mempunyai enam orang kru termasuk tekong. Kesemua mereka disyaki warga Thailand berumur di antara 38 hingga 70 tahun. Disamping itu, pemeriksaan awal juga mendapati dokumen insurans dan dokumen berkaitan vesel yang didapati vesel Thailand tersebut berada dalam keadaan meragukan dan kesemua kru yang berada di atas vesel terbabit gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan.
Penahanan dibuat bagi tujuan siasatan lanjut di bawah peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Maritim Malaysia memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang maritim yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan perairan negara. Usaha penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi memastikan undang-undang dipatuhi oleh semua pihak yang beroperasi di perairan negara.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

