LUMUT, 22 APRIL – Maritim Negeri Perak menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) yang didapati melanggar syarat sah lesen apabila dikesan beroperasi dalam keadaan lesen tamat tempoh dan tidak diusahakan sendiri pada kedudukan 1.28 batu nautika timur laut Pulau Talang pada sekitar jam 9.25 pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, pemeriksaan lanjut yang dilakukan Kapal Maritim itu mendapati tiga awak-awak termasuk tekong yang merupakan warga Myanmar tidak memiliki dokumen pengenalan diri atau pas yang sah.
“Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 serta vesel, hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan turut dirampas bagi membantu siasatan,” ujar beliau.
Dalam insiden berasingan, bertindak hasil pengesanan oleh Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Lumut, sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah menahan sebuah kapal kargo yang dikesan bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan 8.9 batu nautika barat daya Pulau Pangkor pada sekitar jam 1.45 petang semalam.
“Hasil pemeriksaan mendapati kapal berkenaan, yang dikendalikan oleh 19 kru warga China termasuk nakhoda serta tiga kru warga Myanmar, gagal mengemukakan surat kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia serta tidak melaporkan ketibaan mereka di perairan negara,” jelas Shukri.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 ribu atau penjara sehingga dua tahun, selain kesalahan gagal melapor ketibaan yang boleh didenda hingga RM5 ribu.
“Kapal terbabit telah diiring ke lokasi bersauh yang dibenarkan, manakala dua kru dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak untuk siasatan lanjut,” tambah beliau.
Maritim Malaysia menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang akan terus diperhebat bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman di perairan negara.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sebarang pelanggaran undang-undang di laut diminta melaporkannya segera ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

