16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

LAWATAN KERJA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ PANGLIMA PERANG MENTERI BESAR KELANTAN KE JAJAHAN PASIR PUTIH TAHUN 2025

PASIR PUTEH, 18 APRIL – Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud telah mengadakan lawatan kerja ke Jajahan Pasir Puteh Kelantan dalam usaha meninjau serta menilai potensi pembangunan sektor pelancongan maritim di kawasan tersebut semalam.

Lawatan telah disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan. Semasa lawatan kerja tersebut, YAB Menteri Besar Kelantan juga mengambil peluang untuk mengemudi bot Perkasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kelantan seterusnya membuat lawatan di sekitar sungai Semerak dan sangkar ikan di kawasan Sungai Semerak.

Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk memperkasa ekonomi pelancongan dan membuka peluang pembangunan berasaskan sumber alam semula jadi negeri, khususnya di kawasan pesisir dan muara sungai yang berpotensi tinggi seperti Sungai Semerak.

Lawatan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan pelancongan dijalankan secara mampan, dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk pihak Maritim Negeri Kelantan secara khususnya. Kerajaan Negeri optimis bahawa Tok Bali bakal muncul sebagai destinasi pelancongan maritim yang berdaya saing dan mampu menjana pertumbuhan ekonomi tempatan dalam jangka masa panjang.

Turut hadir Lawatan Kerja Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Datuk Kamarudin bin Md Nor, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Tuan Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab, Pegawai Khas (Seranta) Menteri Besar Kelantan, Tuan Wan Hassan bin Wan Ibrahim dan Pengarah Perikanan Negeri Kelantan, Tuan Haji Ismail bin Ibrahim.

 

 MB KELANTAN2
 
MB KELANTAN3
 
 MB KELANTAN5
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC